Warning: strtotime(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected the timezone 'UTC' for now, but please set date.timezone to select your timezone. in /home/nibungco/public_html/tapaksuci/libraries/joomla/utilities/date.php on line 56

Warning: date(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected the timezone 'UTC' for now, but please set date.timezone to select your timezone. in /home/nibungco/public_html/tapaksuci/libraries/joomla/utilities/date.php on line 198

Salam Perkenalan

Cetak

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh. Salam persaudaraan saya hulurkan kepada semua guru, jurulatih dan ahli Perguruan Seni Tapak Suci di mana sahaja kalian berada.

Tujuan saya mewujudkan laman web ini ialah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dengan para pewaris ( ahli ) Seni Tapak Suci, samada yang lama atau yang baru. Saya telah melayari beberapa laman web yang membicarakan dan menyentuh tentang perguruan ini. Banyak maklumat baru yang saya perolehi. Tetapi setelah diamati kandungan tulisan dan komen yang disiarkan, hampir semuanya mewakili pewaris lapis baru dalam sejarah perkembangan Seni Tapak Suci, iaitu sekitar tahun 80-an. Sedangkan perguruan ini telah bermula dan berkembang di Kelantan sejak awal tahun 70-an lagi.

Saya, sebagai salah seorang pewaris lapis awal, merasa perlu membantu adik-adik perguruan dengan maklumat-maklumat tambahan supaya tidak putus hubungan dengan akar Perguruan Seni Tapak Suci di Tanah Serendah Sekebun Bunga ini.

Alhamdulillah, saya bernasib baik menjadi salah seorang pewaris yang menerima bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung dari Guru Utama Perguruan Seni Tapak Suci di Kelantan. Hubungan kami amat rapat, seperti bapa dan anak. Sehingga kini, anak-anak beliau masih menganggap saya sebagai abang mereka dan sentiasa dihubungi apabila ada urusan besar. Saya percaya tidak ramai pewaris Seni Tapak Suci memperolehi peluang berdamping rapat dengan Guru Utama ini. Saya merasa bertuah dan syukur kepada Ilahi kerana mendapat peluang ini yang berterusan sehingga beliau meninggal dunia. Saya pasti hanya beberapa orang pewaris sahaja yang sempat melawat dan menyembahyangkan jenazah beliau di Masjid Kok Lanas.

Sebahagian besar maklumat yang saya nukilkan tentang Seni Tapak Suci ini, terutama sejarah perkembangannya, adalah diambil secara langsung dari mulut Guru Utama sepanjang perhubungan kami yang bermula dari tahun 1976 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 2007.

Walaupun saya percaya maklumat yang ada pada saya tidak seratus-peratus lengkap, namun oleh kerana pewaris-pewaris yang sezaman dengan saya seperti Yaakob ( Abe Kob - Sungai Baru, Pengkalan Chepa ), Mat Amin dan Zakaria ( Abe Min dan Abe Ya - Kok Pasir, Tanjong Mas) , Wan Daud dan Wan Yusof ( Tok Wan dua beradik - Padang Bongor / Taman Koperatif ), Ku Mat Fatani, Padang Tembak / Panchor, Pengkalan Chepa dan beberapa orang lagi dari gelanggang Kubur Maras, Langgar dan Gunong, Bachok telah meninggal dunia, saya berharap coretan ini boleh menjadi rujukan asas kepada para pewaris Seni Tapak Suci, para pengkaji dan mereka yang minat untuk mengetahui. Kepada pewaris-pewaris yang sezaman, saya dengan rendah diri memohon jasa baik untuk membantu saya melengkapkan maklumat tentang perguruan ini.

Besar harapan saya semoga catatan ini dengan bantuan para pewaris akan menjadi dokumen yang lengkap dan rujukan yang sah bagi Perguruan Seni Tapak Suci pada masa hadapan.

Wallahu waliyyuttawfiq.