
Allahyarham Haji Zakaria Bin Haji Wan Abdullah
Dilahirkan pada hari Selasa 7 Mei 1940 bersamaan 29 Rabiul Awal 1359H, di Bukit Puteri, Besut, Terengganu. Anak tunggal kepada Hj. Wan Abdullah Bin Wan Salleh dan Hjh. Minah Binti Ibrahim ini telah dibesarkan dengan didikan agama dan Al-Quran oleh ayahanda beliau sendiri yang merupakan imam dan guru agama di Masjid Pasir Akar, Besut. Setelah tamat alam persekolahan, sekitar awal tahun 60an, beliau telah merantau ke Mentakab, Pahang. Bekerja sebagai pekerja am di Kem Tentera Batu 5, Mentakab. Seterusnya pada tahun 1967 beliau berpindah kerja ke Kem Tentera Batu 10, Kuantan. Berkahwin dengan Hjh. Aminah Binti Mat Salleh pada tahun 1967.
Semasa menetap di Kg. Galing Kecil, Kuantan, sekitar tahun 1970 beliau telah menerima dan mendalami Perguruan Seni Tapak Suci daripada Allahyarham Pak Teh @ Tok Awang di Rompin bersama teman-teman rapat beliau antaranya Allahyarham Chu Aziz dan Allahyarham Pak Atan. Pada tahun 1974, sebelum berpindah balik ke Kem Tentera Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, beliau telah diijazahkan sebagai wakil perguruan daripada Pengasas Bersaudara, Allahyarham Pak Aswan dan Allahyarham Pak Moin di dalam satu majlis khatam perguruan di Kuantan. Antara amanah daripada Pak Aswan dan Pak Moin ialah membawa dan menyebarkan ilmu Perguruan Seni Tapak Suci ini ke Kelantan.
Baca lagi...